Friday, February 4, 2011

Mencari CINTA yang diredhai ALLAH

Cinta itu indah jika ALLAH menjadi matlamat utama..
Sesungguhnya ALLAH tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita..


Ya ikhwan, daku menyintaimu kerana agama yang ada padamu,
Jika kau hilangkan agama pada dirimu, maka hilanglah cintaku padamu..
Ya RABBI, kurniakan daku seseorang yang ku perlu, bukan yang ku mahu..
Cintakanlah daku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMU,
Agar bertambah kekuatan cintaku kepadaMU..


Jagalah cintaku ini agar tidak melebihi daripada cintaMU..
Izinkanlah daku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMU,
Agar ku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu sahaja..


Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMU,Ya ILAHI..
Rindukanlah daku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMU..
Jagalah keni'matan mencintai kekasihMU,
Agar tidak melebihi keni'matan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMU..


Jagalah rinduku padanya agar ku merindukan syurgaMU..
Ku mendambakan cinta suci yang terjaga,
Cinta kerana ALLAH tidak ternilai harganya,
Hubungan ini kan terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan YANG MAHA KUASA..


Ya ALLAH, Ya Rahman..Ya Rohiim..
Andainya dia adalah jodohku yang ditetapkan olehMU kepadaku,
Maka campakkanlah ke dalam hatiku cinta kepadanya adalah cinta keranaMU,
dan campakkanlah ke dalam hatinya cinta kepadaku adalah cinta keranaMU jua..
Berikanlah kami kekuatan, kesabaran & keimanan yang teguh agar pasrah dalam menghadapi ujianMU..
ALLAHUMMA AMIIN......






No comments:

Post a Comment