Bahan-bahan ( 1.5lbs fondant )
1) 4 cawan marshmellow (better yang berwarna putih)-Dekat sini ade marshmellow belang2 putih pink..dats y my fondant end up jadi warne pink-
2)5 cawan gula icing (4 cawan utk fondant,1 cawan lagi utk ditaburkan atas papan pemotong dan ditambahkan ketika menguli)
3)2 sudu besar air
4)pewarna dan perisa tambahan (optional)
5)cream butter frosting simple-1 buku butter dan sedikit susu pekat manis mengikut selera.
Cara-Caranya:
- Campurkan 4 cawan marshmellow dan 2 sudu besar air.kemudian masukkan ke dalam microwave dan panaskan selama satu minit sehingga marshmellow kembang.
- kacau marshmellow tadi sehingga cair.Jika masih ade yang belum cair,masukkan kedalam microwave semula dalam 30saat sehingga semuanya betul2 cair.
- masukkan 4 cawan gula icing ke dalam bekas bersama2 dengan marshmellow yang da cair tadi,da mule kan menguli..sapu pada tangan gula icing dan taburkan sedikit gula icing di atas papan pemotong. mula uli sehingga menjadi dough.mula2 mungkin agak sticky,tapi tambahkan sikit2 gula icing sampaila ianya menjadi dough yang gebu.Jangan tambah gula terlalu banyak nanti dough akan jadi terlalu keras dan susah nak dibentuk. *tambahkan pewarna dan perisa dlm proses ini ikut cita rasa .dan teruskan menguli sehingga warna sebati dengan dough tadi.Untuk cake ni,ML bahagikan dough kepada beberapa bahagian,dan warna kan dough tersebut mengikut warna yg berlainan*
- Dough yang sudah siap diuli,bolehla digelek atau dibentuk2 mengikut cita rasa.Baki dough hendaklah di balut dalam plastik dengan rapat dan disimpan dalam peti ais.
- pukul butter dan susu pekat manis sehingga selama 5minit (masukkan sedikit demi sedikit susu pekat manis ni dan ikut manis masing2) untuk cream butter frosting.sapukan cream butter frosting di permukaan kek,kemudian,letakkan fondant td dan kemaskan rapi.
Sapukan cream butter frosting yg simple tadi..
Letakkan fondant yang da siap digelek tu..Make sure ianya rapi dan kemas sebb takut ade udara,nanti xcantek =)
* resipi ni dari http://miszlullaby.blogspot.com/2010/10/mari-belajar-buat-fondant-cakecake.html
No comments:
Post a Comment