Friday, February 4, 2011

Bidadari




Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah 
manusia... 

"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, 
asyik berteman tangis dan sendu sahaja." 

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia,

"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis 
dan sendunya. Tapi di situlah wahai adikku, kekuatan utuh 
tidak ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis 
sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego 
seorang lelaki... menjadi 'izzah' yg paling gah bahkan 
lebih gah dari egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya 
wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. 
Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tapi 
senjata." 


Si adik tidak berpuas hati. Lalu dipertikaikan lagi... 

"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia." 
Tersenyum sang bidadari berwajah manusia. 

"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya? 
Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. 
Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai 
para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan 
tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pada siapa 
terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba 
yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga 
pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang 
menjadi fitnah kepada dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan 
pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana 
di situlah kehormatannya. Sesungguhnya para 
wanita syurga bergelar nurun 'Ain itu, mereka 
tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pada para suami 
mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci. 
Namun... wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih 
tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau 
ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu! 
Sesungguhnya wanita yg beriman yang solehah itu lebih baik 
dari ribuan lelaki yg soleh." 

Adik masih tidak puas hati. 

"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? 
Tidakkah mereka merasa malu??" 

Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. 
Aduh, semakin terasa mendalam kasih sayang pada penghuni 
jannah ini! 

"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap 
insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan 
al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, 
indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana 
al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka 
merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka 
sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup 
menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri 
mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi 
psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti 
melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu." 

Adik garu2 kepala... 

"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini? 
Bagaimana hendak adik kenali mereka???" 

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH 
merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya 
sendiri. 

"Wahai adikku. Pada zaman Rasulullah, diperintahkan 
wnaita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka, 
dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg 
bermaruah. Maka demikianlah adikku menilai mereka. Tapi
perlu juga dilihat pada hatinya... pada akhlaknya... 

Pada zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah 
dan yg toleh. Namun adikku... jangan dikau cemuh wanita yg 
toleh itu... kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu 
permata indah... perasaan cinta pada ALLAH... Kerana 
fitrah cinta padd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. 
Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali 
pada jalan yangg mereka itu hak ALLAH. Cuma kadang2 istilah
solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang 
mereka takut pd persepsi wara' dan alim. Sedangkan itu 
cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu bermaksud
menjaga. 

Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'. Alim itu
maksudnya mengetahui
. Barangsiapa yg berilmu maka dia 
adalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua 
perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah 
kepada peringkat yang lebih baik. Kerana begitulah persepsi 
masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak 
menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis 
panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana 
dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah 
mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa 
ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini... Tapi 
sayang... golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat 
mereka yang ALLAH jadikan penuh kemuliaan... 

Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita. 

Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan debu2 
kilauan pasir. 

Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yang 
tak berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran 
di tanah... Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di 
puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal 
itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia 
merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah 
tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan 
begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu 
tinggi... elok sifatnya... sehinggakan tiada siapa yang 
berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja 
bisa memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tapi 
mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia... 
asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak semestinya 
dipetik di taman dunia betul tak? Tapi lebih bermakna bila
ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk 
memetik di taman akhirat kelak." 

Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal 
yang besar dengan buah2 epalnya yang kemerahan?? 

Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir 
buat masa kini. Pastikan dia sambung perbualannya 
dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku... sungguh 
tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu 
kanak2 adalah penghuni2 syurga! 

Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari 
berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga? 


CARA PENJAGAAN KESIHATAN CARA RASULULLAH S.A.W.

INGIN JADI SIHAT SEPERTIMANA RASULULLAH SAW?Rasulullah bersabda : "Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ......"(HR Muslim) Bagaimana agar senantiasa sihat seperti Rasulullah? Ikuti resepi berikut:


SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH 

Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat fardhu, sholat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain : 
- Berlimpah pahala dari Allah 
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesihatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan 


AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN 
Rasul sentiasa rapi & bersih, tiap hari khamis atau jumaat beliau mencuci rambut2 halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi. 
"Mandi pada hari jumaat adalah wajib bagi setiap orang2 dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim) 

TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN 
Sabda Rasul : 
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih) 

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan. 

GEMAR BERJALAN KAKI 
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. 
Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori2 terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. 

TIDAK PEMARAH 
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa. 
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah : 
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring 
- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaitan 
- Segeralah berwudhu 
- Solat 2 Rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati 

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA 
Sikap optimis akan memberikan impak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT. 

TIDAK PERNAH IRI HATI 
Untuk menjaga stabiliti hati & kesihatan jiwa, mentaliti maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.




AURAT WANITA — Dari Firman Allah SWT dan hadis-hadis Nabi SAW

1. Bulu kening — Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) —"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian — "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada — "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

5. Gigi — "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher — "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan — "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan — "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian — "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

13. Rambut — "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.






Sakit sendi

Penyakit sendi tulang
Sendi-sendi berfungsi untuk melicinkan pergerakan diantara pertemuan dua tulang.Sendi-sendi anda ada di
bahagian bahu, pergelangan tangan,punggung, lutut,buku lali,dan jari kaki dan tangan.
Penyakit sendi tulang terjadi tidak kira umur.

Sakit Sendi-kenapa terjadi
Biasanya anda tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi dan tulang.
Kesakitan sendi berpunca dari lapisan kulit, otot, ligamen, sendi atau pangkal
saraf.

Kenapa anda mengalami kesakitan sendi.
  • Anda mungkin melakukan aktiviti yang berat seperti mengangkat berat,
  • Postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul dan menyebabkan terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak menyebabkan sakit sendi
  • Obesiti
  • Kecacatan anggota
  • Kecederaan disebabkan kemalanga atau bersukan.
  • Sakit sendi arthritis
  • Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
  • Penyakit tulang
  • Ketumbuhan
  • Jangkitan kuman
  • Penyakit kronik
  • Ubat-ubatan

Rawatan sakit sendi-bagaimana anda merawat sendiri sakit sendi tulang
  1. Sakit ringan akan reda dengan langkah-langkah mudah seperti
  2. merehatkan sendi dengan penggunaan pengampu(splint).
  3. Kenakan ais yang dilipat dalam tuala pada sendi yang tercedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan atau keradangan.
  4. Selangkan penggunaan pek sejuk dan panas selepas 3 hari. Urut lembut membantu peredaran darah
  5. Makan ubat sakit sendi seperti paracetamol(panadol).
  6. Kurangkan berat badan
  7. Guna kasut bertumit rendah
Sakit sendi-Bila Harus Berjumpa Doktor?
  1. Anda mengalami sakit berlarutan walaupun telah merawatnya sendiri
  2. Sakit sendi anda bertambah teruk dan tidak lega dengan ubat paracetamol.
  3. Anda patut berjumpa doktor jika sakit sendi disebabkan kecederaan
  4. Anda tidak berupaya untuk berkerja
  5. Sakit anda disertai dengan demam, muntah, sesak nafas, kebas dan lemah
  6. Anda mengalami penurunan berat badan yang serius
  7. Hilang keupayaan untuk mengawal buang air kecil atau besar
  8. Sakit sendi anda bengkak dan merah
  9. Anda penghidap HIV atau kanser
Rawatan sakit sendi dan pencegahan
  • Doktor anda akan memberi ubat sakit sendi seperti ponstan,voltaren atau naproxyen
  • Anda dinasihatkan untuk berihat jika membuat kerja-kerja berat
  • Doktor anda mungkin menasihatkan agar mengambil ubat Glucosamine dan chondroitin untuk nutrien sendi
  • Postur- elakkan berdiri atau berjalan secara bongkok
  • Tidur di atas tilam yang keras
  • Elakkan mengangkat barang berat semasa sakit
  • Bersenam - senaman kerap akan memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar
  • Pengurangan berat badan boleh membantu
  • Amalkan regangan dan rehat apabila memandu terlalu lama, berdiri atau duduk
  • yang lama

Rawatan sakit sendi dengan kaedah baikpulih.
Sakit sendi berlaku kepada semua peringkat umur.Anda tidak perlu hidup dengan sakit sendi.
Anda boleh menjalani kehidupan yang selesa dan sihat dengan pengurusan sakit sendi yang efektif

Rawatan sakit sendi dan ubat sakit sendi
Pengurusan rawatan sakit sendi merangkumi
Penggunaan ubat sakit sendi penahan sakit seperti voltaren dan naproxen atau celebrex
Pembinaan struktur sendi kartilej atau rawan dengan glucosamine dan chondroitin

Kenapa sakit sendi lutut.
Apabila rawan sendi anda menjadi haus disebabkan faktor umur dan cara penggunaanya, anda akan mengalami sakit sendi.
Rawan ini berfungsi sebagai penyerap hentakan dan melincinkan pergerakan. Jika anda tidak merawat proses ini
ruang diantara sendi akan bergesel menyebabkan kesakitan.

Glukocosamine dan Chondroitin mana yang lebih baik.
Kedua-dua bahan glukosamin dan kondroitin adalah nutrien penting untuk pembentukan rawan sendi.
Glucosamine merupakan ramuan asas pembinaan tulang rawan anda dan Chondroitin mempercepatkan proses pembinaannya.
Anda boleh mengambil glucosamine sahaja, tetapi disyorkan ,mengambil glukosamin dan kondroitin secara serentak.
Oleh itu anda akan merasai proses sakit sendi berkurangan dengan cepat jika anda mengambil kedua-dua nutrien ini.
Chondroitin juga berfungsi membantu membawa air,nutrien, glucosamine, vitamin dan mineral kebahagian sendi.

Glucosamine sulfat atau glukosamin hidroklorida-mana patut dipilih
Anda akan menemui dua jenis glucosamine di pasaran iaitu Glucosamine Sulfat dan Glucosamine Hidroklorida.
Sulfat didalam glucosamine berkeupayaan untuk membawa molekul air kedalam rongga rawan, dan ini menyebabkan rawan ini lebih fleksibel.
Pergerakan sendi lebih selesa dan licin.
Glukosamine hidroklorida membentuk rawan yang lebih padat, tetapi kurang fleksibliti.

Ubat sakit sendi natural-dos yang disyorkan
Anda disyorkan mengambil Glukosamine 1500mg sehari dan Chondroitin  1200mg sehari.
Jika anda menghidapi penyakit darah tinggi elakkan glukosamin yang mengandungi sodium.

Hilang sakit sendi hidup pun ceria
Glucosamine dan chondroitin membantu mengurangkan haus rawan sendi anda secara efektif jika diambil serentak.Glukosamin dan kondroitin membina, memperbaiki dan mengekalkan
kesihatan sendi secara berterusan.
Mulakan pengambilan suplemntari glucosamine dan chondroitin jika anda mula mengalami sakit sendi lutu,sakit sendi tangan,sakit sendi kaki, sakit sendi bahu dan sakit sendi siku
Kekalkan kesihatan sendi anda supaya ia tidak menganggu pergerakan dan kehidupan anda.





Tetap Segar dan Fit di Usia Senja


Siapa takut menjemput usia senja. Tak jarang kita jumpai kaum ibu-ibu yang telah berusia 40-an namun masihmemiliki tulang yang kuat. Mau tau gimana caranya??? mari kita baca suatu artikel yang di bawah ini:

Fit di usia senja
Fit di usia senja


Selama ini banyak orang percaya dengan mitos yang mengatakan makin senja usia seseorang, makin berkurang mobilitasnya, alias tidak lincah lagi akibat osteoporosis. Padahal selama kita memiliki struktur tulang yang baik dan menjaga kesehatan tubuh, Anda bisa tetap aktif bergerak meski sudah menjadi oma.
Osteoporosis adalah proses yang alamiah. Namun, seiring dengan meningkatnya usia harapan hidup manusia, osteoporosis menjadi problem. Tanpa “tulang” yang kuat, seseorang bisa jadi akan merepotkan sekitarnya dimasa tuanya.

Lansia tetap bugar
Lansia tetap bugar


Menurut Catherine Armstrong, naturophat (praktisi kesehatan) dari Australia, masalah tulang bisa dialami siapa saja, tak selalu orang lanjut usia. Pada beberapa kasus terdapat anak-anak penderita penyakit tulang.
Untuk mendapatkan tulang kuat, konsumsi makanan yang mengandung kapur, seperti kol, bawang, bawang putih dan telur yang baik untuk pertumbuhan tulang muda. Dan tentu saja kalsium.

Tetap Senyum di usia Tua
Tetap Senyum di usia Tua


Tak hanya dari susu
Angka kecukupan kalsium rata-rata yang dianjurkan di Indonesia adalah 500 – 800 mg per orang per hari. Pada usia lanjut dan wanita menopause para ahli cenderung menganjurkan asupan sampai sekitar 1.000 mg/hari.
Susu memang mengandung banyak kalsium. Tetapi kalsium tidak hanya didapatkan dari susu. Kalsium bisa diperoleh dari sayuran hijau (bayam misalnya), buah-buahan, brokoli, serta tempe dan tahu. Kacang-kacangan dan makanan laut juga kaya kalsium. Jika perlu, tambahkan dengan suplemen yang mengandung glukosamin.
Amstrong menganjurkan para penderita radang “sendi” untuk memilih ikan laut dalam, seperti salmon, tuna, atau makarel. “Jika ada peradangan di sendi, ikan dan minyak ikan sangat dianjurkan. Karena keduanya kaya akan zat anti peradangan asam omega 3 seperti Eicosopentaenoic Acid (EPA) dan Docosahexaenoic Acid (DHA),” katanya. Sebelum memilih produk minyak ikan, sebaiknya Anda melakukan tes anti merkuri, mengingat kandungan bahan kimia yang terlalu tinggi pada ikan bisa menjadi racun. Untuk mengobati jari-jari tangan yang kaku, Armstrong merekomendasikan jahe dan ginkgo biloba untuk melancarkan sirkulasi darah.

Jika salah satu anggota keluarga Anda memiliki penyakit radang sendi, maka Anda harus lebih berhati-hati. Berolahragalah secara teratur dan hindari beberapa jenis makanan, antara lain terong, kentang, tomat, teh hitam, buah-buahan asam, daging merah serta kurangi konsumsi gula.
Makanan-makanan tersebut memiliki efek berbeda pada setiap orang yang menderita masalah tulang. Ada baiknya Anda melakukan survei sendiri dengan mencoba makanan mana saja yang membuat penyakit Anda semakin parah.
Bagi para penderita penyakit tulang, Amstrong menyarankan agar mereka melakukan olahraga yang tidak terlalu berat tetapi tetap membuat seluruh tubuh bergerak. Berenang, berjalan, pilates atau tai chi adalah salah satu di antaranya. Konsultasikan dengan dokter atau pelatih kebugaran sebelum Anda memilih salah satu jenis latihan.