Wednesday, October 19, 2011

Sayangnye ALLAH pada Wanita...




LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.

Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu...

WANITA
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillahtetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki ,tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. Supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya." (Ali- Imran:103)

"Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Wallahu'alam.. Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dariNya. InsyaAllah... =)

Tuesday, September 20, 2011

For You & For Him





Ya Allah,
Jika benar dia jodoh ku, Kau permudahkan lah segala urusan kami..
Jika benar dia untukku Kau dekatkanlah hati kami dgn perasaan kasih sayang b'landaskan syariatMu..
Jika benar dia terbaik untuk ku, Kau peliharalah perasaan cinta antara kami,
agar kami berupaya menempuhi hari-hari esok keranaMu..

Jangan Ya Allah,
Kau uji hati kami dengan ujian dan dugaan yg tidak mampu kami terima..
Sungguh Ya Allah,
Aku lemah dalam mengharungi segala uijan dan dugaan yg Engkau turunkan..
Benar Ya Allah,
Aku sangat menyayangi dirinya dan keluarganya..

Tapi Ya Allah,
Seandainya takdirmu menyatakan kami tidak dijodohkan bersama dan dia bukan untukku..
Kau tunjukkan lah kebenaranMu agar hati ini akur kehilanganya..
Kau jauhkan lah hati kami yang dulunya bersatu atas dasar kasih sayang..
Kau berikan lah kekuatan hati kami agar kami redha dengan ketentuanMu..

Jangn Ya Allah,
Jangan Kau penuhi hati kami dengan perasaan benci dan saling berdendam..
Hanya Engkau yang berkuasa menentukan hati-hati kami..
Hanya Engkau yang berhak menjauhkan hati-hati kami..
Kerana Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri kami..



"When two people are meant for each other, no time is too long, no distance is too far and no one ever can tear them apart, except Him.."

Wednesday, March 9, 2011

Friday, February 18, 2011

fondant

Bahan-bahan ( 1.5lbs fondant )

1) 4 cawan marshmellow (better yang berwarna putih)

-Dekat sini ade marshmellow belang2 putih pink..dats y my fondant end up jadi warne pink-


2)5 cawan gula icing (4 cawan utk fondant,1 cawan lagi utk ditaburkan atas papan pemotong dan ditambahkan ketika menguli)


3)2 sudu besar air


4)pewarna dan perisa tambahan (optional)


5)cream butter frosting simple-1 buku butter dan sedikit susu pekat manis mengikut selera.


Cara-Caranya:

  • Campurkan 4 cawan marshmellow dan 2 sudu besar air.kemudian masukkan ke dalam microwave dan panaskan selama satu minit sehingga marshmellow kembang.
  • kacau marshmellow tadi sehingga cair.Jika masih ade yang belum cair,masukkan kedalam microwave semula dalam 30saat sehingga semuanya betul2 cair.
  • masukkan 4 cawan gula icing ke dalam bekas bersama2 dengan marshmellow yang da cair tadi,da mule kan menguli..sapu pada tangan gula icing dan taburkan sedikit gula icing di atas papan pemotong. mula uli sehingga menjadi dough.mula2 mungkin agak sticky,tapi tambahkan sikit2 gula icing sampaila ianya menjadi dough yang gebu.Jangan tambah gula terlalu banyak nanti dough akan jadi terlalu keras dan susah nak dibentuk. *tambahkan pewarna dan perisa dlm proses ini ikut cita rasa .dan teruskan menguli sehingga warna sebati dengan dough tadi.Untuk cake ni,ML bahagikan dough kepada beberapa bahagian,dan warna kan dough tersebut mengikut warna yg berlainan*
  •  Dough yang sudah siap diuli,bolehla digelek atau dibentuk2 mengikut cita rasa.Baki dough hendaklah di balut dalam plastik dengan rapat dan disimpan dalam peti ais. 
  • pukul butter dan susu pekat manis sehingga selama 5minit (masukkan sedikit demi sedikit susu pekat manis ni dan ikut manis masing2) untuk cream butter frosting.sapukan cream butter frosting di permukaan kek,kemudian,letakkan fondant td dan kemaskan rapi.
 
Sapukan cream butter frosting yg simple tadi..


Letakkan fondant yang da siap digelek tu..Make sure ianya rapi dan kemas sebb takut ade udara,nanti xcantek =)




* resipi ni dari http://miszlullaby.blogspot.com/2010/10/mari-belajar-buat-fondant-cakecake.html



Sunday, February 13, 2011

pameran pengantin 2011 di SACC



Antara top wedding planner yg ade disana:



Antara budak yg pergi sana ^_^






punya la malu nak amik gmbr dgn abg2 kt blkg tu...jarak jauh pn jadi  laaa...


nk bawak balik ke?? =)


sisi lain pulak..

test nak naik kete..tb2 org jaga kete ni pulak dtg..wat kacau =(.

tak habis2 lagi dia dgn kete ni..pe la yg dicari nye..

hiasan semata2...



Friday, February 11, 2011

The Best Foods to Eat in Any Situation

You know you're supposed to eat healthy, which is no problem when you've got plenty of time on your hands. But what about on those difficult days, when you're on your way to the gym, slammed at work or battling a late-night snack craving? Read on to discover six common situations and the best foods dietitians and nutritionists recommend you nosh on.

Before a Workout

Whether you work out first thing in the morning or after work, you don't want to go to the gym on an empty stomach. "Before a workout, you want carbohydrates to fuel your muscles," says Ursula Whitney, RD, president of North Shore Nutrition Consultants in Danvers, Massachusetts. That means an English muffin with peanut butter for carbohydrates and protein, oatmeal with fruit or berries for staying power or even whole-grain pancakes. "You don't want to get bogged down, but you do want to get a good carbohydrate source," she says. Photo: Thinkstock

After a Workout

Post-gym, your body has different needs. "You're replacing carbohydrates, so you can start building up your stored energy as well as getting some protein, to help with muscle repair," says Bethany Thayer, RD, a Detroit-based spokeswoman for the American Dietetic Association. "A glass of milk is one of the best after-exercise foods," she says. "Even chocolate milk, which gives you a little more carbohydrates, is OK because you want to replenish the stored fuel in your muscles." Other good post-workout snacks include trail mix, crackers with peanut butter or chopped vegetables with hummus. Photo: Shutterstock
Keep your body in peak condition with these immune system boosters.
Quick Lunch

Whether you're eating in a rush between meetings or your kids' activities, speed is often the name of the game. But that doesn't mean you want to sacrifice quality; seek quick options that still provide a healthy balance of nutrients. Whitney recommends no-cook meals like refried beans spread on a tortilla with cut-up veggies, hummus with crackers, an English muffin pizza (an open-face English muffin with pizza sauce and a sprinkling of lowfat mozzarella), hard-cooked eggs or water-packed tuna in a pita. Photo: Shutterstock

Afternoon Slump

It happens every afternoon—around 3 or 4 p.m., you hit a wall. A cup of coffee is tempting, but drinking it that late in the day is bound to keep you up half the night. Instead, "have something thatsmells delicious, like an orange," says Lisa Cohn, RD, nutrition strategist at Park Avenue Nutrition & Spa in New York City. "It's a happy scent, it's hydrating and refreshing, it's easy to digestand it gives you a little sugar and vitamin C." If you're bottoming out, Whitney also suggests a carbohydrate and protein one-two punch for energy and lasting power. That means whole-wheat bread with nut butter, yogurt with a sprinkle of granola or an all-natural granola bar such as KIND Bars, which mix whole grains with nuts and a bit of honey. Photo: Shutterstock

Before Dinner

It happens time and again: You're so famished when you get home from work that you can't wait until dinner. You either gorge on cheese and crackers or end up dipping into what you're cooking. Either way, your appetite is shot. To curb your hunger without ruining dinner, Whitney suggests slicing up some fruit like cantaloupe, honeydew or watermelon ahead of time so you have "something that's [appealing to the eye] and easy to grab, hand-to-mouth." Plus, the low-calorie, water-dense fruit will curb hunger pangs without filling you up. Photo: Shutterstock
Check out these foods that reduce inflammation.

Late-Night Snack

Whether dinner just didn’t do the trick or you got home late from work, you don't want to eat too much close to bedtime. "It's important that you don't overeat, because that can really interfere with what kind ofsleep you get," Thayer says. Instead of digging into cookies or leftovers, try a small bowl of cereal or a glass of warm milk, she suggests, which will sustain you but not fill you up. If you want something comforting, Cohn recommends part-skim ricotta cheese on toast with a drizzle of honey, plain Greek yogurt with a few berries or a sweet potato cooked in the microwave. 



Saturday, February 5, 2011

Oreo ice cream cake

Huh..terliur tgk ML nye cake ni...rase nk buat la plk...jom kite tgk resipi ni...amik dari ML...*credit to ML...



Crunchy base:

-Biskut oreo (packet besar seperti gambar di atas)
-150gram butter

P/S: Untuk cake ML kali ni, ML campurkan dua jenis biskut iaitu sebungkus biskut susu/marie ngan beberapa biji oreo sebagai base sebab harga biskut oreo sangat mahal iaitu rm35,and ML nak buat 2 cake. So, sebagai  langkah berjimat, ML gabungkan 2 jenis biskut.Base ni akan jadi seperti base cheese cake tapi a bit chocolaties.So, if u have many oreos, go ahead and just use ur oreo as a base or u can choose to mix 2 types of biscuit just like what i did =)

The cake:

-1 tupperware ais krim (u can use vanilla ice cream, chocolate ice cream or any flavor that u love)
-walnut
-6-7 biji biskut oreo

Hiasan (ikut crativity)
-sempoi butter cream for piping (susu pekat manis+chocolate emulco+1/2 or sebuku butter)
-beberapa biji oreo
-1 buku coklat biasa yang diparut/ beli je coklat parut yang dah siap.



CARA-CARA:





credit:google

PERSEDIAAN:

-Korang memerlukan loyang bulat yang boleh di buka. (rujuk gambar di atas)
-Alaskan bahagian dalam loyang ini dengan clear food plastic wrapper untuk mengelakkan cake kita melekat-lekat di tepi loyang bila dah siap nanti. 
-Penggunaan loyang bulat dan plastic wrapper ni adalah untuk memudahkan kerja korang untuk buat cake ni.
-Keluarkan aiskrim, dan biarkan ianya cair sedikit lebih kurang 30-45minit. Ini penting untuk melembutkan ais krim dan mudah bila nak gaul nanti.

-Asingkan oreo cookies kepada 3 portion. 

-1st untuk hiasan (korang kene anggarkan sendiri mengikut size loyang)
-2nd, 6 - 7 biji oreo untuk di masukkan dalam cake
-3rd, selebihnya akan digunakan untuk membuat base

-Ambil beberapa biji oreo, pisahkan kepada dua, dan susun di bahagian dalam (dinding) loyang dalam posisi menegak. Anggarkan berapa biji oreo yang perlu untuk hiasan tepi cake ni. ML memerlukan lebih kurang 10 pieces round cookies (5 biji oreo). Anggarkan je tau, jangan letak lagi. Sebab kite akan susun biskut ni betul-betul after dah masukkan base nanti.



CRUCHY BASE

-Cairkan butter di dalam microwave selama 2 minit.
-Hancurkan oreo cookies
-Selepas dah hancur,bolehla masukkan butter yang dicairkan tadi dan gaul rata.
-Selepas itu, masukkan campuran oreo dan butter ni tadi kedalam loyang.
-Tekan dengan tangan untuk meratakan permukaan base tadi.
-Bila dah rata dan padat, boleh la susun oreo cookies di bahagian dalam dinding loyang sebagai hiasan. Make sure permukaan yang berukir menghadap ke luar tau!


THE CAKE

-Patah-patahkan kacang walnut kepada saiz yang lebih kecil
- Hancurkan 6-7 biji biskut oreo (kalau suke lebih,tambah lagi okies)
-Ambil ais krim yang telah di cairkan tadi, kacau-kacaukan ais krim tersebut supaya teksturnya lebih lembut.
-Masukkan kacang walnut dan oreo yang telah dihancurkan.
-Gaul sebati.
-Bila dah sebati, masukkan campuran aiskrim ni tadi kedalam loyang yang berisi base. Tuang slow-slow ye..
-Bile dah masukkan dan rata betul-betul, balut penuh loyang ni tadi dengan kertas aluminium dan masukkan ke dalam peti ais (tempat beku) dan biarkan selama 4 jam. ML balut dengan kertas aluminum supaya tak ada benda asing termasuk ke dalam cake atau bau-bau dalam peti ais tu yang boleh mencemarkan kualiti cake.
-Lepas 4 jam, boleh la keluarkan dan piping butter cream & tabur coklat parut.
-Kemudian boleh la makan!! Nyam-Nyam!!