Friday, February 4, 2011

Kenapa mulut berbau busuk????

PERNAHKAH anda mengalami mana-mana situasi yang berikut?
Mulut yang berbau memberi kesan pada kehidupan sosial dan profesional anda
Anda selalu mempunyai rasa kurang sedap dalam mulut sendiri
Orang akan selalunya melangkah ke belakang apabila bercakap dengan anda atau mengelak daripada berkomunikasi langsung dengan anda atau menutup hidung dan mulut bila berbicara dengan anda.
Seseorang pernah memberi komen tentang mulut anda yang berbau dan telah mempelawa atau memberi anda gula-gula pudina
Anda mengalami satu lapisan putih atau kuning di lidah anda
Jikalau jawapan anda ya, anda mungkin sedang mengalami masalah mulut berbau atau lebih dikenali sebagai halitosis.
Punca Mulut Berbau
Mulut berbau disebabkan oleh beberapa faktor. Bau kurang menyenangkan itu boleh datang dari masa ke semasa atau untuk jangka masa yang panjang, bergantung kepada puncanya.
Berjuta-juta bakteria hidup di dalam mulut, terutamanya di belakang lidah.
Bagi kebanyakan orang, bakteria itu adalah punca utama mulut berbau.
Keadaan mulut kita yang suam dan lembap menjadikan ia tempat yang ideal bagi pertumbuhan bakteria.
Kebanyakan masalah mulut berbau disebabkan oleh sesuatu di dalam mulut.
Mulut berbau boleh disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
*Penjagaan kebersihan mulut yang lemah - Jarang memberus gigi dan tidak memberus gigi dengan betul akan mengakibatkan sisa-sisa makanan mereput di dalam mulut.
Jangkitan di dalam mulut - Periodontal (masalah gusi)
Jangkitan saluran respirasi - Tekak, resdung atau masalah paru-paru
Agen luaran - Bawang putih, bawang, kopi, merokok dan mengunyah tembakau
Mulut kering (xerostomia) - Disebabkan oleh masalah penghasilan air liur yang tidak betul, pengambilan ubat tertentu atau 'pernafasan mulut'
Penyakit sistemik (keseluruhan badan) -l Kencing manis, penyakit hati, penyakit buah pinggang, penyakit paru-paru, resdung, penyakit 'refluks' dan lain-lain.
Mencegah mulut berbau
Mulut berbau yang disebabkan oleh masalah dental boleh dicegah dengan mudah melalui penjagaan di rumah dan secara profesional.
Ini bermakna:
Memberus gigi anda selepas setiap kali makan dengan menggunakan ubat gigi berfluorida untuk menanggalkan sisa makanan dan plak.
Memberus lidah anda juga, sebaik-baiknya menggunakan berus gigi yang mengandungi pembersih lidah.
Menggunakan flos gigi atau alat untuk mencuci ruangan di celah gigi sekali setiap hari.
Menggunakan cecair pencuci mulut bagi memastikan mulut anda sentiasa rasa bersih dan nafas anda segar setiap masa.
Kerap mengunjungi doktor gigi (sekurang-kurangnya dua kali setahun) untuk membuat pemeriksaan dan pembersihan gigi.
Jika anda rasa mulut sentiasa berbau, catatkan makanan yang anda makan dan senaraikan jenis ubatan yang anda ambil.
Sesetengah ubat mungkin boleh jadi punca mulut berbau.
Maklumkan kepada doktor gigi anda jika anda telah melakukan sebarang pembedahan atau mendapat penyakit sejak temu janji anda yang terakhir.
Anda juga boleh mencegah mulut berbau dengan minum lebih banyak air setiap hari untuk menolong badan menghasilkan air liur.
Setiap tegukan air melalui mulut sedikit sebanyak boleh melonggarkan serpihan makanan dalam mulut.
Produk-produk lain yang boleh membantu menyegarkan mulut dan mencegah pembentukkan plak adalah termasuk:
Gula-gula tanpa gula
Gula-gula pudina tanpa gula
Lobak mentah
Salari


Sumber dari akhbar kosmo




MANDI MALAM BOLEH SEBABKAN LUMPUH?



UMAR membetulkan kedudukan bantal isterinya, Asnah di Bukit Lintang, Melaka semalam.



MELAKA - Amalan mandi malam boleh menyebabkan lumpuh!
Mungkin ramai yang tidak mempercayainya dan menganggap ia hanya mitos.
Namun bagi Umar Abdul Rahman, 62, amalan mandi malam dipercayai telah menyebabkan isterinya, Asnah Yaman, 60, lumpuh seluruh badan sejak empat bulan lalu.
Menurutnya, isteri beliau mula mengamalkan mandi malam iaitu antara pukul 8 dan 9 malam setiap hari sejak enam tahun lalu.
"Saya pernah menasihatkan isteri agar tidak mandi malam kerana pernah terdengar petua orang tua bahawa mandi malam tidak elok untuk kesihatan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Lintang di sini semalam.
Umar memberitahu, nasihatnya itu tidak diendahkan oleh isterinya itu dan beliau (isteri) terus mengamalkan mandi malam setiap hari.
"Kira-kira empat bulan lepas, secara tiba-tiba isteri saya mengadu badannya rasa lemah dan hanya berbaring di katil saja.
"Namun setelah dua hari, keadaan isteri saya masih tidak berubah lalu saya membawanya ke hospital dan disahkan lumpuh," kata pesara tentera itu.
Beliau memberitahu, setelah isterinya lumpuh, beliau semakin yakin bahawa petua itu memang ada kebenarannya dan amalan mandi malam memang boleh mengundang pelbagai penyakit.
Ujarnya, selain boleh menyebabkan lumpuh, beliau juga percaya amalan mandi malam boleh menyebabkan seseorang itu tidak subur.

"Kepada yang suka mandi malam, saya nasihatkan agar tinggalkan amalan itu sebelum terlambat," katanya



Sumber: Kosmo


Thursday, February 3, 2011

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT



  • Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.


  • Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".





  • Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.





  • Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.





  • Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.





  • Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.





  • Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.





  • Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.





  • Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.




  • Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi





  • Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.





  • Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah. 




  • SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT





  • GAYA PEMAKANAN SIHAT
    CARA?
    Amalkan makan satu sudu madu Lebah pada waktu malam sebelum tidur, diikuti dengan beberapa teguk air masak . Pada awal pagi pula (tidak kurang dari setengah jam sebelum bersarapan, amalkanlah memakan sebiji buah kurma segar.


    MENGAPA MADU DAN KURMA ?
    MADU LEBAH mempunyai berbagai-bagai khasiat. Sabda Nabi s.a.w.
    "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."
    "Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan".

    BUAH KURMA pula mengurangkan risiko diserang penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis kerana kandungannya seperti zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Sumber tenaga kerana mengandungi glukosa yang merupakan unsur gula dalam darah. Kurma merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. Membantu proses tumbesaran kanak-kanak dan membantu membentuk minda yang sihat. 
    Kesimpulannya, Madu Lebah amat berkesan dari segi pencegahan, manakala Buah Kurma amat penting bagi pertumbuhan dan peningkatan kesihatan.

    MENGAPA?
    Gaya atau amalan pemakanan seharian sejak kita bangun tidur hingga masuk tidur merupakan penentu utama tahap kesihatan kita untuk hari-hari seterusnya. Jika pengambilan setiap makanan/minuman dilakukan dengan tidak berhati-hati, risiko pengumpulan bahan-bahan pengumpulan bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti lemak, kolestrol, kimia, toksik, racun, kafein, dadah dan lain-lain dalam sistem dalaman tubuh adalah tinggi.Segala bahan inilah yang akan menjadi penyebab berbagai masalah kesihatan mahupun penyakit kronik seperti barah, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung, kegemukan dan lain-lain. Amalan makan madu lebah sebelum tidur adalah adalah satu cara terbaik untuk mengimbangi atau menangani masalah tersebut.


    Bahan-bahan aktif yang terdapat dalam madu lebah akan melakukan kerja-kerja penyingkiran toksik, bahan kimia, racun, menghancurkan lemak dan kolestrol, meredakan ketegangan saraf dan memperkayakan kandungan vitamin dan zat dalam tubuh, semasa kita tidur. Pada waktu pagi, sebelum menjamah sebarang jenis makanan, daya serap semua sel dan saraf dalam tubuh berada pada tahap yang tinggi.


    Keadaan ini menyebabkan kandungan vitamin, glukosa semulajadi dan zat yang terdapat dalam buah kurma dapat diserap oleh sistem tubuh secara maksima. Ini memberi kesan yang amat besar dalam daya tahan dan tahap kesihatan seseorang yang mengamalkannya.
    Dengan rutin yang tetap gaya pemakanan tersebut, insyaAllah selepas beberapa bulan selepas mengamalkannya akan berlakulah berbagai perubahan, melibatkan peningkatan kesihatan dan penyembuhan penyakit secara cepat dan berkesan.


    BAGAIMANA ?
    Amalkan memakan Madu Lebah Asli pada waktu malam sebelum tidur dan memakan Buah Kurma Segar pada awal pagi selepas bangun tidur.




    Khasiat Madu Lebah Asli


  • Madu digunakan dalam perubatan tradisional seluruh dunia sejak zaman dahulu lagi.





  • Madu sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang tinggi dan mengandungi bahan mineral serta vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.





  • Madu merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, bahan kimia, racun, kolestrol serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.





  • Madu boleh menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, mencerdaskan otak, melancarkan darah, meredakan urat saraf, melawaskan sistem pembuangan,menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan kanser .





  • Madu juga meningkatkan keupayaan tenaga batin, melancarkan sistem pencernaan, baik untuk kecantikan, menjadikan kulit lebih licin dan halus, meningkatkan daya ketahanan badan.





  • Madu juga baik oleh wanita mengandung (bulan ke-6 dan ke atas) serta selepas 20 hari bersalin





  • Khasiat Buah Kurma Segar

  • Kandungan anti oksidan di dalam kurma adalah dua kali ganda berbanding kismis, aprikot kering dan blueberry.





  • Kurma memberi tenaga serta-merta menerusi kandungan gulanya sebanyak 50 hingga 57 peratus glukosa. Orang berpuasa yang berbuka dengan kurma akan berasa segar dan bertenaga dan dapat beramal tanpa rasa letih atau mengantuk.





  • Potasium yang diperlukan oleh tubuh badan untuk sistem saraf terkandung di dalam kurma. Potasium jika diambil berlebihan tidak memudaratkan tubuh badan, sebaliknya sangat baik untuk mengatasi masalah seperti sembelit, lemah otot, letih, stres, sengal-sengal badan dan untuk menguatkan daya ingatan.





  • Sekiranya dimakan tanpa membuang kulitnya, kurma dikatakan dapat melawaskan pembuangan najis dan mencegah daripada masalah barah usus.





  • Kurma juga sesuai untuk dimakan oleh wanita yang kekurangan susu badan kerana kandungan zat besi dan kalsium di dalam kurma dapat menambahkan air susu.





  • Kurma turut membantu dalam tumbesaran kanak-kanak yang berperanan dalam pembentukan darah dan sumsum tulang.





  • Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus dan dijadikan serbuk seperti teh. Serbuk ini kemudian direndam dan diminum untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kurma juga digunakan dalam kaedah perawatan sufi.









  • nasi beriyani

    Bahan-bahan ( 4org )

    • 3 cwn beras basmathi
    • sedikit rempah tumis
    • *6 ulas bwg merah (blend)
    • *5 ulas bwg putih (blend)
    • *2"halia (blend)
    • setengah biji bwg besar (hiris)
    • sedikit daun pudina, daun bawang. daun sup
    • 2-3 tbsp minyak sapi
    • 1tsp garam
    • sedikit pewarna kuning
    • gajus dan kismis sebagai hiasan (goreng)
    • 2tbsp rempah beriyani
    • 4 setengah cwn air
    • setengah cwn susu cair

    Cara-cara

    1. panaskan minyak sapi,kemudian tumis rempah tumis dan rempah baryani
    2. masukkan bawang hiris..gorengkan sebentar.kemudian,masukkan pula 2tbsp campuran bwg merah+halia+bwg putih yg di blend tadi.(baki campuran yg di blend akan diguna utk kuah daging baryani).
    3. masukkan air..tunggu sampai didih
    4. masukkan daun bwg,daun pudina,daun sup.masukkan juga garam.kemudian..masukkan pula beras.kacaukan
    5. pindahkan periuk ke dalam rice cooker.biar nasi masak
    6. bila nasi dah masak, keluarkan daun-daun yg ade dlm periuk tu.kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya.titikkan pewarna..kacaukan.
    7. masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi.kacau rata. (nak lebih 'kick',masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)
    8. Image108
       masukkan gajus dan kismis.sedia untuk di hidangkan...







    Oat Macaron






    Bahan-bahan ( - )

    • 3 biji putih telur/ 100gm putih telur
    • 1 cawan gula aising
    • 1 sudu teh esen vanilla
    • 25gm serbuk koko
    • 1 cawan oat

    Cara-cara

    1. Pukul putih telur sehingga putih bertanduk.
    2. Masukkan gula aising dan pukul lagi.
    3. Kemudian masukkan esen vanilla dan serbuk koko, kacau sebati.
    4. Masukkan oat dan kacau lagi.
    5. Alaskan tin pembakar dengan aluminium foil
    6. Masukkan adunan tadi ke dalam beg paip dan picitkan mengikut citarasa masing².
    7. Bakar pada suhu 160 degree selama 15-20 minit
    8. *Oat boleh digantikan dengan kelapa parut kering, kekacang atau nestum*







    Wednesday, February 2, 2011

    Dorayaki doraemon




    Bahan-bahan:
    100gm tepung kek atau tepung gandum
    ½ sudu teh baking soda
    60gram gula halus
    2 sudu madu
    2 biji telur
    ½ sudu minyak masak
    ½ sudu teh esen vanilla
    Sedikit marjerin/ mentega / minyak masak

    Inti:
    kacang merah yg manis/ kaya

    Cara Penyediaan:


    Masukkan telur dan gula dalam mangkuk besar, pukul sehingga kembang. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau hingga mesra. Ayak tepung bersama baking soda dan masukkan ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik (tambah sedikit susu cair jika adunan terlalu pekat).

    Panaskan marjerin/ mentega / minyak masak atas kuali leper dengan api kecil.
    Tuang suku cawan adunan, buat bulatan berdiameter 10cm. Masakkan bahagaian bawah sehingga berwarna perang, balikkan untuk masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).

    Letak 1 sudu besar kacang merah/kaya ditengah sekeping kuih, tutup dgn satu keping kuih. Tekan dengan tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah /kaya.












    Resipi mudah macaron..

    Bahan-bahan:
    90 gram putih telur
    30 gram gula kastor
    200 gram gula aising
    110 gram buah badam - dibakar
    1 sudu teh serbuk koko

    Inti:
    Krim Coklat 

    Cara penyediaan:


    Kisar buah badam, gula kastor, gula ising dan serbuk koko dalam blender (kering) hingga mesra. 

    Putar putih telur hingga kembang, masukkan bahan yang telah dikisar dan putar dengan kelajuan tinggi hingga mesra.

    Tuang satu sudu teh adunan atas loyang yang telah dialas kertas roti (kertas warna coklat yang selalu digunakan untuk bungkus makanan), jika permukaan adunan menjadi rata (tidak muncung) bermakna adunan sudah ok. Jika masih muncung, putar sedikit lagi dan lakukan ujian lagi.

    Tuang satu demi satu sudu teh adunan membulat diatas loyang yang sudah dialas kertas roti sehingga . Biarkan 30 minit atau lebih agar permukaan adunan membentuk lapisan keras. Bakar dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 140ºC.

    Setelah masak, angkat dan sejukkan pada suhu bilik. Kemudian letakkan krim coklat untuk setiap 2 kepingan.