Tuesday, May 29, 2012

Sunday, January 1, 2012

Annual Dinner 2011 K.YPC

Askum sygku...
Syg ape khabar? sihat x? Ayg rinduuuuuuu syg sgt!!..skrg ni syg da senang kn..jgn lupa bsyukur pada-Nya ye...Syg jgn lupa ye update pape je (tips, pesanan, aktiviti syg ke. pape cerita tntg syg, ect.....) kt blog ni ye..yg syg rasa nk share dgn ayg...nk upload kt fb xdpt nk cter sgt kn... blog ni as medium for us to share anything memandangkan kite skrg da bjauhan kn...syg boleh cter je pape kt cni ye..

Hari ni ayg just nk share dgn syg.. gmbr annual dinner ayg hari tu kt Sunway hotel on 23/dec/11..

ni la Yana kwn ayg..ayg sllu lunch dgn dia..ktorg msk kerja same2 hrtu.

ade je paparazi amik gmbr org tgh mkn...hmmm...

yg pki ank tudung color biru tu la kak Erna yg sllu g outstation dgn ayg..

yg ni exchange gift..dpt frame dari kak erna..ayg bg breakfast set kt staff lain..yg bg  gift tu  Ms Iza-lecturer IT

gift yg wrna pink tu lucky draw..ayg dpt blender wt juice ^_*

2nd lucky draw!! ayg dpt voucher jj rm100..yg laki tu Mr.Ivan -head dept for diploma..

yg ni Ogy aka Narziah..da kje dlm setahun..dpn kete dia la yg syg nmpk ayg borak dgn kwn..baik org nye!

yg ni la team edu.counselor cum marketing exec.

chinese & malay..


ayg da gemuk je ni kn syg???

x sempat amik hadiah kt pokok tu...hmmm....

Note: Ayg sllu g outstation dlm sem.m'sia je utk wt promotion plus dapatkn data students lepasan spm..ayg hrp syg x slh fhm ye..yg penting ayg hnya cinta Muhammad Izzat Bin Jalil sorg je!!!

                                                                                                                                                           -ayg-

Wednesday, October 19, 2011

Sayangnye ALLAH pada Wanita...




LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.

Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu...

WANITA
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillahtetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki ,tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. Supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya." (Ali- Imran:103)

"Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Wallahu'alam.. Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dariNya. InsyaAllah... =)

Tuesday, September 20, 2011

For You & For Him





Ya Allah,
Jika benar dia jodoh ku, Kau permudahkan lah segala urusan kami..
Jika benar dia untukku Kau dekatkanlah hati kami dgn perasaan kasih sayang b'landaskan syariatMu..
Jika benar dia terbaik untuk ku, Kau peliharalah perasaan cinta antara kami,
agar kami berupaya menempuhi hari-hari esok keranaMu..

Jangan Ya Allah,
Kau uji hati kami dengan ujian dan dugaan yg tidak mampu kami terima..
Sungguh Ya Allah,
Aku lemah dalam mengharungi segala uijan dan dugaan yg Engkau turunkan..
Benar Ya Allah,
Aku sangat menyayangi dirinya dan keluarganya..

Tapi Ya Allah,
Seandainya takdirmu menyatakan kami tidak dijodohkan bersama dan dia bukan untukku..
Kau tunjukkan lah kebenaranMu agar hati ini akur kehilanganya..
Kau jauhkan lah hati kami yang dulunya bersatu atas dasar kasih sayang..
Kau berikan lah kekuatan hati kami agar kami redha dengan ketentuanMu..

Jangn Ya Allah,
Jangan Kau penuhi hati kami dengan perasaan benci dan saling berdendam..
Hanya Engkau yang berkuasa menentukan hati-hati kami..
Hanya Engkau yang berhak menjauhkan hati-hati kami..
Kerana Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri kami..



"When two people are meant for each other, no time is too long, no distance is too far and no one ever can tear them apart, except Him.."

Wednesday, March 9, 2011